Cebisan teks tafsir Al-Quran dari Surah Al-Fatihah oleh Tuan Guru Nik Aziz:

“Baiklah kita masuk sikit, الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ‘segala puji untuk Allah’. رَبِّ الْعَالَمِينَ ‘Tuhan semua alam’. Segala puji bagi Allah. Puji, orang Kelantan panggil mujur. ‘Allah, mujurnya demo maghi’ (Allah, nasib baik awak datang), ‘Mujurlah kereta aku tidak terbalik’, ‘Allah, mujurlah kereta aku brek makan’, ‘Mujurlah ada duit’, ‘Mujurlah anak anak balik’.”
“Mujur itu الْحَمْدُ. Kita kata, ‘Mujurnya demo (awak) maghi (datang)’. Kadang-kadang dia kata begitu, sengoti (sungguh) hati dia? Tidak kata ‘Alhamdullilah mujurnya demo maghi’. Kerana orang datang tengah kita sutuk (susah).”
“Katakanlah kereta kita mati tengah bukit. Kita bawa anak isteri, anak kecil menangis, buka tingkap bunyi aum-aum harimau.”
“Tengah begitu datang kawan, “Allah, kenapa berhenti tengah bukit? Kita kata, “Mujurnya demo maghi”. Tidak kata “Alhamdullillah, mujurnya demo maghi.”
“Ini beza, di antara orang Melayu dengan orang Mukmin. Orang Melayu, dia berhenti setakat, ‘Mujur demo maghi’. Tidak kata, ‘Alhamdullilah, mujur Tuhan buka pintu hati demo, digerakkan kaki demo maghi tempat kawe (saya) susah’.”
“Ketika tu, kita boleh cam terus, aku ini orang Melayu atau orang Muslim. Kalau kita start dengan (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah. Alhamdullillah, aku Muslim. Dan tidak perlu tambah lagi.”
Tetapi kalau start dengan ‘Mujurnya demo maghi’, dengan Tuhan tidak ingat sikit habuk. Orang Melayu atau orang Siam?
Melayu dengan Siam serupa sahaja. Melayu, Siam, Cina, Arab, semua tidak ada harga belaka. Yang ada harganya Muslim. Cina Muslim baru ada harga, Melayu Muslim baru ada harga, orang putih Muslim baru ada harga. Selagi main bangsa begini, satu sen tidak laku jual di Akhirat. Tidak laku di ‘pasaran’ Akhirat.

========================================

Insya Allah akan diterbitkan dalam tahun 2019 ini juga.

Kami menerima sumbangan dana untuk projek ini, tuan puan boleh salurkan ke;

Nama Akaun: Pertubuhan Alim Rabbani
No Akaun : 562106696505
Nama Bank : Maybank
Tuliskan Ref : Tok Guru Research Centre

Atau terus sahaja melalui link ini;

https://www.billplz.com/projektafsir
https://www.billplz.com/projektafsir
https://www.billplz.com/projektafsir

Sebarang maklumat derma dan resitnya, mohon maklumkan ke emel [email protected] atau www.wasap.my/60132527421

Allah jua yang membalas jasa baik dan budi tuan puan untuk merealisasikan usaha ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *