Selepas 4 tahun pemergian Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita semua, ummah ternanti-nantikan usaha mana-mana pihak untuk mengumpulkan khazanah koleksi kuliah tafsir 30 Juzuk Almarhum untuk dibukukan bagi tatapan dan rujukan rakyat Malaysia.

Mutiara ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum dan pendekatan tadabbur yang sangat unik, praktikal, mudah diterima dan menusuk qalbu sangat mengesankan jiwa khalayak pendengar. Saban minggu, sesi rutin kuliah tafsir 30 Juzuk Almarhum pasti ditunggu-tunggu oleh para pencinta ilmu.

Namun disebabkan oleh khazanah tinggalan ilmu Tafsir 30 Juzuk Almarhum ini yang tidak diterbitkan secara tersusun dan teratur menyebabkan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum semakin hilang ditelan zaman. Kondisi dan situasi ini sangat-sangat merugikan ummah dan generasi akan datang.

Bertititik tolak dari itulah, pihak kami dengan rendah diri melancarkan satu inisiatif untuk mengumpulkan dan membukukan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum sebagai satu usaha kecil dari kami bagi memastikan khazanah ilmu tafsir 30 Juzuk Almarhum tidak hilang di telan zaman.

 

Perlaksanaan Projek penerbitan ini adalah untuk mencapai 4 objektif seperti berikut :

(+) Mengumpulkan semua bahan-bahan, khazanah ilmu, ucapan, tulisan tangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
(+) Menyediakan pusat pengumpulan khazanah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
(+) Menerbitkan semula, menulis, menganalisa, mentranskrip kuliah-kuliah tafsir Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
(+) Menerbitkan Tafsir Al-Quran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga lengkap 30 juzuk Al-Quran.

Fasa 1 : Gerak kerja Fasa 1 melibat tugasan-tugasan seperti berikut :
1. Kutipan Sumbangan dan dana
2. Mengumpul dan mencari bahan dan khazanah dari pelbagai sumber
3. Penulisan Transkrip dari audio ke teks
4. Kerja Penulisan dan Editing
5. Menerbit dan mencetak

Anggaran Keperluan Dana berjumlah RM150,000

Sasaran Tarikh Akhir Sumbangan Fasa 1
Sebelum 30/09/2019

 

Inisiatif Oleh :
Sekretariat Tok Guru, Pertubuhan Alim Rabbani (PPM-014-10-11072019 )

Oleh yang demikian, kepada tuan/puan serta pihak individu dan organisasi di peringkat negeri mahupun Negara, kami dengan rendah hati ingin memohon Sumbangan Infaq/waqaf bagi menjayakan projek murni ini demi merealisasikan Penerbitan Koleksi Kuliah Tafsir Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semoga segala Sumbangan Pihak tuan/puan akan diganjari dan dilipatkan gandakan pahala amal oleh Allah S.w.T

========
Bagaimana nak berinfak/berwaqaf
========

Klik link di bawah ini:
https://www.billplz.com/projektafsir
https://www.billplz.com/projektafsir
https://www.billplz.com/projektafsir
.
Setelah membuat bayaran, mohon emailkan resit ke [email protected] atau https://www.wasap.my/60132527421
.
.
Sumbangan Boleh juga dimasukkan seperti akaun dibawah:

No Akaun : 562106696505
Nama Akaun: Pertubuhan Alim Rabbani
Nama BankMaybank Bhd
Tuliskan Ref : Tok Guru Research Centre

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *