PROJEK TAFSIR AL-QURAN TUAN GURU NIK AZIZ (TGNA)

Tafsir TGNA ini merupakan kemuncak kepada segala mesej yang disampaikan selama beliau berkecimpung selama bersama masyarakat sama ada sebelum terlibat dalam parti politik atau pun ketika terlibat secara langsung.

 

Mesej yang terkandung di dalam huraian tafsir beliau dapat disebarkan dengan meluas sehingga masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh warganegara amnya, dapat memahami seruan yang berlandaskan Islam yang sebenar.

OBJEKTIF PROJEK

Perlaksanaan Projek penerbitan ini untuk mencapai 4 objektif seperti berikut :

  1. Mengumpulkan semua bahan-bahan, khazanah ilmu, ucapan, tulisan tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
  2. Menyediakan pusat pengumpulan khazanah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
  3. Menerbitkan semula, menulis, menganalisa, mentranskrip kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
  4. Menerbitkan Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga lengkap 30 juzuk Al-Quran.
FASA 1

1.1 Pemilihan Tim Pelaksana Projek

 

1.2 Pembahagian tugasan

FASA 2

2.1 Mengumpul sumbangan bagi menjayakan projek.

 

2.2 Mengumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan seperti rakaman tafsir TGNA

FASA 3

3.1 Proses transkripsi.

 

3.2 Penyediaan buku serta lay out.

 

3.3 Cetakan

FASA 4

4.1 Hebahan

 

4.2 Perlancaran

Sumbangan daripada orang ramai amat dialukan bagi menampung keperluan kewangan membiayai gerak kerja yang kami lakukan. Antara gerak kerja yang kami lakukan adalah:

1. Menjejak semula kaset- kaset kuliah tafsir TGNA. Audio yang bertebaran di internet kami sudah miliki semuanya. Sekarang yang tinggal adalah sumbangan kaset kuliah tafsir daripada sahabat dan rakan-rakan.

2. Mengurukan kerja penerbitan dalam bentuk buku yang mempunyai wibawa sebuah karya tafsir sesuai dengan namanya.