Tafsir Surah Al-Fatihah

Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan.

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai ‘kanji-kanji’ bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran.

Jangkaan siap cetak insya Allah pada 20 Disember 2019 dan bergantung juga kepada apa perubahan yang akan dimaklumkan.

Antara isi kandungan Tafsir Surah Al-Fatihah.

Muqaddimah
Kaedah Penulisan dan Penyusunan
Senarai Misalan, Kiasan dan Analogi
Biografi Ringkas Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nama Surah al-Fatihah
Air Sembahyang Sebelum Membaca Al-Quran
Huraian Isti’azah
Ayat Pertama (Basmalah)
Ayat Kedua
Ayat Ketiga
Ayat Keempat
Ayat Kelima
Ayat Keenam
Ayat Ketujuh

Antara keunikan huraian Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah misalan dan analogi yang beliau nyatakan apabila menghurai sesuatu. Membacanya sahaja terasa sebuah kembara yang mengasyikkan.

Untuk Tafsir Surah al-Fatihah ini, disediakan satu halaman khas senarai misalan, analogi dan kiasan di dalam buku ini.

# Fikiran bersih sebelum baca Al-Quran : Cawan dipenuhi pasir.
# Al-Rahman dan al-Rahim : Lelaki mempunyai dua isteri.
# Maksud Rahmat : Orang lapar diajak pergi dengar ceramah.
# Isi ceramah tidak sesuai : Nat sembilan, guna spanar dua belas.
# Maksud al-Hamdu : Kereta rosak di tengah bukit di waktu malam.
# Lubang dari kubur ke syurga : Tengok TV berita perang.
# Hidayah dan Taufiq : Tunjuk jalan orang yang sesat di bandar.
# Manusia berbeza setiap orang : Kereta ada nombor plat, selipar Jepun ada tanda.
# Ilmu melalui akal : Rombongan pengantin datang dengan menaiki bas.
# Ilmu sains yang berubah : Arahan perubatan yang tidak tetap.
# Orang lalai : Membeli ikan, membeli rempah di kedai.
# Nabi Muhammad sebagai ‘pemandu’ : Tok Pawang bawa orang masuk hutan.
# Doa minta hidayah sahaja : Hamba sahaya mahu kahwini raja.
# Cara cakap orang kurang ilmu : Pakcik minta kerja untuk anaknya.

DAPATKAN SEKARANG

KLIK DI SINI —-> https://www.tafsirtokguru.com/